MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

LIHAT DI BAWAH  SIRI 3............................

Dr. AQ~ siri 2 (e) MELAYU BERPECAH : KEMBALI KE PANGKAL JALAN ISLAM

 

KEKELIRUAN dan sesat di jalan raya kehidupan kerana kita telah masuk “No Entry” maka kena undur ke pangkal jalan. Jika tidak kita akan terus sesat dan berbahaya bukan sahaja kepada diri tetapi juga pemakai jalan tersebut yang mereka akan tuduh kita yang songsang.

 

KESELAMATAN Islam terletak pada kekuatan rukun iman dan rukun Islam bagi kumpulan dan perseorangan.  Jika mereka istiqamah dengan rukun tersebut maka insya Allah terpelihara ad-din Islam, jika tidak maka runtuhlah Islam seperti pelepah jatuh atau belon bocor, menurut cara penghayatan yang terpakai dalam masyarakat.  

Oleh kerana itu maka bagi pihak yang ingin melihat penghayatan Islam hendaklah menjalankan penelitian dalam dua rukun berkenaan. Dari perangkaan itu akan diketahui golongan mana yang lemah dan golongan mana yang benar-benar menghayati Islam. Penelitian pada mereka dalam berbagai institusi dan lembaga masyarakat yang terdiri daripada hakim, pendakwa, peguam, polis, tentera, penulis, wartawan, pemimpin politik, peniaga, peladang, nelayan, buruh dan individu akan  mencerminkan tingkah laku atau pola kelakuan mereka. Apakah jalan raya menuju keredaan Allah diikuti menurut jalur halal atau  haram dengan kelajuan yang berbahaya atau menurut ketetapan papan-tanda dengan patuh.     

  

Pihak pemegang kuasa dan cendekiawan, terutama yang  terdiri dari orang perundangan kena membetulkan kembali landasan falsafah atau tujuan hidup. Jika hendak melihat punca ketegangan dan sebab-musabab “perpecahan” maka ia adalah pada martabat atau “kewibawaan Islam itu sendiri”. Jika kita rendahkan martabat maka kita yang akan jadi haru-biru. Maka jika kita meninggikan martabat pada perspektif yang hak ia akan membahagiakan dan memberkati kehidupan dunia dan akhirat.* Sila lihat internet penulisan ringkas tentang “PAS : Landasan, Kegagalan dan Kemenangan” antara faktor berkenaan adalah sebagai berikut :

 

             Pertama, kerana  meringankan  HAK sebagai  supremacy   Islam dalam Perlembagaan. ; [*seminar dan penelitian secara kesungguhan dan berterusan tidak dibuat bukan sahaja oleh kerajaan tetapi juga termasuk parti dan badan yang berjuang untuk kebangkitan Islam.]

 

Kedua, ramai daripada mereka yang menjadi pemimpin kurang faham dan menghayati Islam secara keseluruhan# ;

 

[Unsur ini sangat berkaitan dengan sistem dunia pendidikan. Ias sekali gus berjalan dengan sistem kehidupan yang memfokuskan pada kepentingan politik-ekonomi. Fokus ini memang mudah menawan nafsu manusia atas nama pembangunan Justeru itu, ia telah membentuk fikiran manusia secara langsung dan tidak langsung, termasuk terpelajar agama (ulama) yang terperangkap di dalam ayunan dasar falsafah Romawi—Yunani yang melahirkan utopia. Utopia ialah suatu “kesempurnaan” atau kelengkapan hidup duniawi melalui liberalisme dan Marxisme. Jalannya ialah dengan menggunakan berbagai ilmu untuk kebaikan atau “goodness”yang jika dihalusi masih “subjetif”kerana ia hanya memakai rasional akal semata-mata oleh individu atau kumpulan atau beberapa kumpulan manusia terpelajar. Dari segi moral rasional berkenaan terus menerus menurun seperti belon yang bocor. (sila lihat Ahmad Kamar, Siapa yang Songsang ? Sarjana dan Ulama. 1981) ]  

 

Ketiga, ketiadaan konsep khusus dan sah tentang apa itu Islam sebagai RUJUKAN* ;

*[Menurut Syed Ibrahim, peguam, bahawa pihak Parti Islam SeMaysia PAS Negeri Pahang pernah berbincang perkara tersebut bertumpu pada  kertas kerja “ Peranan Islam Uuntuk Menguasai Sistem Sekular Menuju Ke Arah Penubuhan Negara Islam” dibentangkan oleh  beliau dalam tahun 1998 di Kuantan Sayang sekali lanjutan tidak diteruskan dengan memberi pengertian kepada seluruh terpelajar Islam termasuk mereka dalam Barisan Alternatif dan Barisan Nasional  ]

 

Keempat,  penceramah dan pendakwah tidak mempunyai pengetahuan yang luas dalam berbagai bidang kehidupan, kurang    metodologi dan pendekatan terkini. Penguasaan ilmu Al-Quran dan Hadis dan juga bidang berbagai ilmu tidak ditumpukan kepentingannya secara ilmiah ;

 

Kelima, kekurangan bilangan PEMIMPIN* yang benar-benar dihormati dengan sifat kepimpinan yang sidik, amanah, tabligh dan fatanah dengan  diikuti oleh 7 “keutamaan  sebagai berikut :

        (i)    Mempunyai ilmu yang luas dan khusus ;

        (ii)   Mentadbir sebagai seorang Raja yang bijaksana dan adil ;

        (iii)   Bertindak sebagai seorang guru mengajar dengan metodologi  ;

        (iv)   Merendah diri  sebagai seorang murid seperti “cawan yang kosong” ;

        (v)    Bermesra dan lemah-lembut  sebagai seorang doktor  ;

        (vi)   Berbahasa dan berhubung  sebagai seorang diplomat ; dan

(vii) Tegas dan berani sebagai pembela yang kebenaran dan menjadi hakim   menjatuhkan hukum**.

Sebenarnya Islam sudah lama dikepung dan terkepung sendiri. Berbagai bentuk dengan berbagai rupa mengepung Islam. Secara taktik senjata, konspirasi, sistem pendidikan dan sistem perundangan boleh dibahas dengan panjang bagaimana unsur berkenaan lahir dan dilaksanakan. Lantas tidak hairan jika kita sebagai kebanyakan penganut Islam pada keseluruhannya di dunia ini tinggal dalam keadaan seperti kata pepatah, “Islam seperti rumput di tepi jalan, hidup segan mati tak mahu”.

 

Dengan perangkap yang baik maka musuh Islam sedang menggunakan kelemahan tafsiran Islam dari segi undang-undang. Begitu juga dalam bidang  sosial, politik dan ekonomi membelit leher “pendebat” dan pemimpin yang terkepung dengan segala kemewahan “riba-eksploitasi atas nama ekonomi dan politik”. Lantas jika tidak menurut konsep Islam secara sekular maka Islam itu sendiri akan menjadi senjata makan PEMIMPIN BESAR dan Pemimpin bawahan.  Ertinya, seluruh struktur dan sistem kehidupan telah terkeliru.

KESIMPULAN PENULIS : KEBANGKITAN ISLAM AKAN TERUS TERGENDALA. PARA PEJUANG BERADA DALAM  JARING  RUJUKAN YANG KUSUT MASAI. SEBABNYA IALAH KERANA KETIADAAN SUATU TAFSIRAN KHUSUS YANG HAKIKI TENTANG “APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ISLAM ?” UNTUK MENJADI SEBAGAI RUJUKAN  SECARA UNDANG-UNDANG. JUSTERU ITU DIDAPATI  SELURUH DUNIA ISLAM MASING-MASING TELAH KELIRU DALAM PENDEKATAN DAN PENERAPAN ISLAM BAGI KEHIDUPAN MASYARAKAT DAN PERJALANAN KENEGARAAN. 

 

 **[ Untuk melihat teori  kepimpinan secara umum dan secara khusus  di  Malaysia dan Indonesia sila lihat Ahmad Kamar, Malaysian and Indonesian Leadership in Perspective, 1984.] ; Ahmad Kamar, Pola Kepemimpinan dalam Nashdlatul Ulama, tesis M.A., UI, Jakarta 1971).

silat ikuti insya-Allah siri  3 iaitu unsur ketiga mengenai  Raja bagi orang Melayu.

 

dr_ahmadkamar@hotmail.com

 counter.bloke.com